MyGift - An Everlasting Gift

UMP sumbang kepakaran dalam Misi Kemanusiaan Aceh

 

Dalam merealisasikan hasrat universiti terhadap memasyarakatkan teknologi, baru-baru ini Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalankan Program Misi Kemanusiaan dengan menyumbangkan kepakaran dengan menyediakan alat penapis air dan lampu solar bagi kegunaan penghuni dan anak yatim seramai 230 orang di Rumah Kebajikan Dayah Nurul Huda di Aceh.

Program dianjurkan Persatuan Wanita UMP (Matahari) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan (ProTech) dengan diketuai Ketua Timbalan Pendaftar Penyelidikan dan Inovasi), Datin Fazia Ali yang juga merupakan Penasihat Persatuan Wanita UMP (Matahari). Hadir sama Presiden Persatuan Matahari, Prof. Datin Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim.

Seramai 36 orang peserta bersama 10 mahasiswa dari Universitas Syiah Kuala (Unsyiah) serta pengamal media dari negeri Pahang bergotong-royong membantu membersihkan kolam-kolam air, mengecat dan membersihkan sekitar penempatan. Turut diadakan pertandingan mewarna dan sumbangan baju serta peralatan sekolah kepada anak-anak.

UMP juga menyumbang sebanyak sepuluh ribu ringgit kepada rumah kebajikan ini dan usaha akan terus digerakkan untuk mengumpulkan dana sebanyak 300,000 bagi membina kemudahan asrama serta menambahbaik kemudahan fizikal secara berperingkat mengikut keperluan untuk dimanfaatkan anak-anak yatim ini dalam merealisasikan misi ini pada masa akan datang.

 

Initiative

LaunchingGolfScholarshipEducationIncentiveCommunitisingWelfare

Quicklink

HOPEVirtualRunWakaf KolejMasjid BMPotong GajiGallery 
campus pantry

 

 

 

Video