MyGift Virtual Run 2018
VIRTUAL RUN : Aktiviti larian sama-ada berlari, berjalan, berjogging atau melalui treadmill yang boleh dilakukan dimana-mana di dalam Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) dan menyelesaikan jarak yang telak ditetapkan dengan menggunakan running apps (aplikasi berlari) sebagai bukti dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.
MyGift Advanced Virtual Run : adalah usaha Universiti Malaysia Pahang dalam mengumpul dana bagi Endowmen Universiti Malaysia Pahang yang dikenali sebagai MyGift UMP. MyGift UMP adalah merupakan satu usaha mengumpul sumbangan daripada mana-mana pihak untuk digunakan bagi tujuan tajaan pelajaran dan peningkatan mutu pelajaran yang sedia ada di UMP demi masa depan para pelajar yang lebih cemerlang. Dengan adanya MyGift UMP ini ia dapat memberi input yang positif demi masa depan UMP dalam memberi kemudahan prasarana kepada warga UMP dan Masyarakat setempat.
Antara Endowmen dan Tabung Di bawah MyGift adalah :
- Endowmen Biasiswa Pelajar
- Endowmen Kursi
- Endowmen Kemudahan dan Makmal
- Endowmen Kecemerlangan
- Tabung Komuniti (Termasuk Tabung Zakat / kebajikan Pelajar)
- Tabung Wakaf (Wakaf Kolej Kediaman mawaddah)
- Tabung Bencana
- Tabung Masjid
- Tabung Ramadan
- Tabung Prasarana
Diharap agar Larian Amal MyGift ini menjadi medium kepada masyarakat untuk menyumbang ke MyGift UMP