MyGift - An Everlasting Gift

Pembinaan Masjid Universiti Malaysia Pahang

3D masjid
Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini dalam usaha untuk membina masjid bagi kegunaan warga UMP dan dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Ianya akan dibangunkan diatas sebidang tanah seluas 7.5 ekar di UMP Pekan dengan kos pembinaan berjumlah RM21 juta.

Masjid ini direka untuk memuatkan sejumlah 3500 jemaah pada satu masa. Uniknya masjid ini, ia akan menggunakan teknologi hijau untuk penjanaan dan penjimatan sumber air dan elektrik, sesuai dengan imej UMP sebagai Universiti Teknologi yang terkemuka di Malaysia. Ia juga akan mempunyai dua aras dan disertakan kemudahan asas seperti ruang solat wanita, bilik pengurusan jenazah, ruang edaran, parkir yang luas dan selasa dan juga pejabat Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP.

Projek “Mahasiswa Bina Masjid “ ini adalah Inisiatif Mahahsiswa UMP membantu universiti dalam pencarian dana bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan di UMP untuk keselesaan kepada warga UMP dan juga masyarakat setempat. Usaha murni ini menyerlahkan lagi rasa kecintaan kepada universiti agar dapat melangkah lebih jauh dalam melakar mahasiswa yang holistik dan berdaya saing

Info & Spesifikasi Masjid

Ruang Solat Utama, Ruang Solat Lelaki, Ruang Solat Wanita
• Bilik Imam, Bilik A/V, Mihrab, Mimbar
• Bilik Pengurusan Jenazah
• Bilik VIP
• Ruang Sokongan
• Pejabat Pusat Islam & Pembangunan Insan
• Bilik Mesyuarat, Bilik Seminar, Bilik Kuliah, Ruang Bacaan, Ruang Serbaguna
• Dapur dan tempat memasak

 UMP6402  UMP6637  UMP6638

Aktiviti

• Kelas Fardu Ain / Kafa
• Kursus Pengurusan Jenazah
• Persidangan
• Ceramah Agama
• Kelas Tahfiz
• Aktiviti ‘Jom Lepak Masjid’
• Aktiviti Kerohanian
• Iftar Jamie dan Ramadan

  Sumbangan Pembinaan Masjid UMP

Program PIMPIN Manfaatkan Warga UMP dan Masyarakat Setempat

Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan meneruskan beberapa siri program Anda Tanya Ustaz Jawab pada setiap bulan mulai Februari depan yang diadakan secara bergilir di kedua-dua kampus UMP Pekan dan Gambang bagi meningkatkah pemahaman dan ilmu pengetahuan tentang kemusykilan agama, isu-isu semasa, soal dan jawab serta  mewujudkan bank soalan yang dapat dijadikan sumber rujukan dalam kalangan warga universiti serta dikongsi bersama masyarakat.

Pengarah PIMPIN, Dr. Mahyuddin Ismail berkata, pihaknya bertanggungjawab menjalankan program pembangunan insan di kalangan warga UMP selaras dengan matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut mental, fizikal, emosi dan rohani.

“Aktiviti lain yang dilaksanakan termasuklah berbentuk latihan, bengkel, seminar, kursus, ceramah dan sebagainya yang menjurus kepada pemantapan kefahaman Islam serta nilai-nilai murni universal dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian,” katanya.
 
Ujar beliau PIMPIN turut mengadakan pogram Jom Lepak@Masjid dan Kuliah Fiqh Wanita. Pihaknya turut merencana program-program berbentuk harian seperti Solat Jemaah dan Tazkirah. Manakala program penghayatan dan Sambutan Hari Kebesaran termasuklah Maulidurrasul, Isra’ Mi’raj, Majlis Aqiqah dan Korban juga mendapat sambutan ramai dalam kalangan warga universiti.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam UMP, Ustaz Muhammad Sallehudin Md Derus berkata, program menganjurkan tazkirah selepas Solat Zohor misalnya juga diadakan setiap minggu bagi pemantapan rohani kita sebagai hamba Allah s.w.t. Solat berjemaah Zohor dan Asar turut diamalkan pada setiap hari.

Baru-baru ini juga PIMPIN turut menganjurkan tazkirah selepas Solat Zohor yang disertai penceramah jemputan, Pencetus Ummah Ustaz Abdul Hafiz Mat Radzi atau lebih dikenali sebagai PU Angah bagi  berkongsi pengalamannya sepanjang beliau berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di Mahkamah Rendah Syariah Pekan Pahang.

Merancakkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa universiti, pusat ini menganjurkan program kebajikan dengan mengumpul sumbangan untuk didermakan di rumah-rumah anak yatim, pembinaan surau dan masjid serta saudara baharu juga komuniti orang asli.


 
 

Initiative

LaunchingGolfScholarshipEducationIncentiveCommunitisingWelfare

Quicklink

HOPEVirtualRunWakaf KolejMasjid BMPotong GajiGallery 
campus pantry

 

 

 

Video