VIRTUAL RUN : Aktiviti larian sama-ada berlari, berjalan, berjogging atau melalui treadmill yang boleh dilakukan dimana-mana di dalam Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) dan menyelesaikan jarak yang telak ditetapkan dengan menggunakanrunning apps (aplikasi berlari) sebagai bukti dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.
MyGIft Virtual Run 2017 ini adalah satu usaha UMP dalam mengumpul dana Wakaf Kolej Kediaman Mawaddah di UMP Pekan. Kolej Kediaman ini adalah satu penempatan atau kediaman yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan perlindungan kepada Mahasiswa dalam kalangan anak yatim atau Asnaf. Ia akan dibangunan diatas sebidang tanah seluas 2.0 ekar di Universiti Malaysia Pahang, Kuala Pahang , Pekan dengan kos pembinaan berjumlah RM5 juta. Jumlah dana terkumpul sehingga kini adalah sebanyak RM501,719.50 dan mermerlukan sebanyak RM4.5 juta lagi diperlukan bagi tujuan pembinaan Kolej Kediaman ini.