MyGift - An Everlasting Gift

Tawaran Biasiswa Universiti Malaysia Pahang

SYARAT DAN KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BAGI SESI 2016/2017

1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2016/2017 di Universiti Malaysia Pahang.

2. Terbuka kepada semua bidang pengajian yang berdaftar di Universiti Malaysia Pahang

3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

(a) Syarat-syarat Asas

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh permohonan dibuat.
3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian ke UMP (bagi kemasukan Semester 1 sesi 2016/2017
4. Pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM 2,000 sebulan.
5. Pelajar yang aktif di dalam Ko - Kokurikulum

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang telah diterima masuk ke Universiti Malaysia Pahang sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2016/2017 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

BIL KELAYAKAN SYARAT MINIMUM AKADEMIK PERINGKAT
1. SPM 2015 Mendapat sekurang – kurangnya Gred A dalam 8 subjek Diploma
2. STPM 2015 Prinsipal B+ dalam sekurang – kurangnya 4 subjek Ijazah Pertama
3. STAM (di samping mempunyai SPM) 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan Ijazah Pertama
4. Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia / UIA/ Politeknik/Program Asasi IPTA/Diploma dan lain – lain setaraf dengannya.

CGPA 3.50

Ijazah pertama


4. CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
2. Calon yang telah mendapat tajaan daripada mana – mana badan penaja lain.
3. Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
4. Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

5. CARA MEMOHON

1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di dalam kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di kampus Pekan dan Gambang atau melalui portal Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni http://jhepa.ump.edu.my

2. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Kampus Gambang atau Pekan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

3. Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini bolehlah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang di talian 09-5492545 atau 09-4245700 dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat).

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 September 2016 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

6. KEPUTUSAN PERMOHONAN

1. Hanya pemohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Sebarang keputusan adalah muktamad.
2. Keputusan permohonan Biasiswa Universiti Malaysia Pahang dijangka akan diumumkan selepas 30 hari dari tarikh tutup permohonan.
3. Mana - mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 30 hari, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

Hubungi Kami

Mohd Jamil Bin Mohd Ja'afar
Pegawai MyGift
Universiti Malaysia Pahang
Tel : 09-424 5142
H/P : 019-935 2013
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hazlina bt Faizal
Tel :09-424 5405
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Mimi Rabita bt Abd Wahit
Tel :09-424 5058
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Initiative

LaunchingGolfScholarshipEducationIncentiveCommunitisingWelfare

Quicklink

HOPEVirtualRunWakaf KolejMasjid BMPotong GajiGallery 
campus pantry

 

 

 

Video