Biasiswa Universiti Malaysia Pahang 2016/2017
SYARAT DAN KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BAGI SESI 2016/2017
1.Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2016/2017 di Universiti Malaysia Pahang.
2.Terbuka kepada semua bidang pengajian yang berdaftar di Universiti Malaysia Pahang
3.SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat-syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh permohonan dibuat.
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian ke UMP (bagi kemasukan Semester 1 sesi 2016/2017
- Pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM 2,000 sebulan.
- Pelajar yang aktif di dalam Ko - Kokurikulum
(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
- Pemohon yang telah diterima masuk ke Universiti Malaysia Pahang sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2016/2017 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
4.CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Calon yang telah mendapat tajaan daripada mana – mana badan penaja lain.
- Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.
5.CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di dalam kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di kampus Pekan dan Gambang atau melalui portal Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni http://jhepa.ump.edu.my
- Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Kampus Gambang atau Pekan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.
- Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini bolehlah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang di talian 09-5492545 atau 09-4245700 dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat).
6.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 September 2016 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
7.KEPUTUSAN PERMOHONAN
- Hanya pemohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Sebarang keputusan adalah muktamad.
Muat Turun Syarat Kelayakan
Muat Turun Borang Permohonan