MyGift - An Everlasting Gift

Projek kongsi rezeki bantu mahasiswa menjelang musim peperiksaan

Pengalaman membeli makanan dengan harga murah pastinya akan sentiasa diingati mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) terutamanya menjelang musim peperiksaan. Program yang dinamakan Projek Kongsi Rezeki 2.0 anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) ini adalah suatu inisitaif dalam menyediakan juadah makan tengah hari termasuk air minuman kepada mahasiswa UMP dengan harga serendah RM1.00 sahaja serta makan malam bermula pada 3 hingga 7 Januari ini.


Projek kongsi rezeki yang masuk tahun kedua penganjuran ini dijalankan bagi membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Projek ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan dijalankan serentak di kedua-dua kampus kampus Gambang dan Pekan.


Turut sama turun padang menyampaikan makanan kepada pelajar ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yusserie Zainuddin.