MyGift - An Everlasting Gift

Eco 24 serah produk "coating" bernilai RM1.3 juta

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalinkan kerjasama dengan syarikat Jepun, Eco 24 Co.Ltd yang merupakan syarikat yang banyak mendapat pengiktirafan di negara Jepun bagi penghasilan produk salutan 'coating' yang mesra alam untuk kegunaan pelbagai industri di Malaysia.

Majlis menyaksikan menyaksikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Presiden Eco 24 Co.Ltd, Shunichi HAMA. Hadir sama Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur, Akira KAJITA.

Pihak Eco 24 turut menyumbang sebanyak JPY 33 juta atau RM 1.3 juta kepada UMP dalam bentuk material untuk projek khidmat masyarakat (CSR) bagi menangani masalah asbestos di negeri Pahang. Melalui projek CSR ini, secara tidak langsung ianya akan membantu memberi kesedaran terhadap bahaya asbestos.