MyGift - An Everlasting Gift

UMP Lancar MyGift anugerah biasiswa untuk pelajar

Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini melancarkan inisiatif MyGift sebagai platform rasmi sumbangan endowmen kepada universiti. Majlis pelancaran disempurnakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’adzam Shah dalam Majlis Santapan dan Jamuan Malam sempena Pelancaran MyGift UMP yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Berangkat sama Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang,Sultanah Hajah Kalsom dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah

Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, Inisiatif MyGift merupakan respon strategik UMP terhadap seruan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meneroka prospek endowmen dan wakaf pendidikan tinggi secara lebih intensif dengan kerjasama agensi awam, organisasi korporat dan Majlis Agama Islam di negeri-negeri.