MyGift - An Everlasting Gift

Mahasisiwa baharu terima Skim Bantuan Insentif Pendidikan

Seramai 10 mahasiswa baharu yang mendaftar masuk Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2016/2017 pada kali ini   menerima  Skim Bantuan Insentif Pendidikan bernilai  RM 1,000 bagi seorang mahasiswa diluluskan untuk manfaat sepuluh mahasiswa baharu yang menghadapi masalah kewangan. Bantuan ini disaring di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bertujuan membolehkan para mahasiswa baharu yang mempunyai masalah kewangan yang mendesak menyediakan keperluan berkaitan bagi memulakan pengajian di sini.

Usaha ini adalah sebahagian daripada Inisiatif MyGift yang diperkenalkan UMP dalam usaha menjadi universiti komuniti dan sebagai satu usaha mengumpul sumbangan daripada mana-mana pihak bagi menyalurkan sumbangan endowmen bagi tujuan tajaan pelajaran, penyediaan kemudahan prasarana kepada pelajar mahupun membudayakan semangat membantu golongan yang memerlukan.