MyGift - An Everlasting Gift

Projek Kongsi Rezeki UMP Bantu Pelajar

 

kongsirezeki

 

Universiti Malaysia Pahang (UMP) melaksanakan Program Kongsi Rezeki: Cheap Lunch Take Away sebagai usaha membantu pelajar mendapatkan bantuan makanan yang diagihkan dengan kadar RM1 sahaja.

Program Kongsi Rezeki ini dijalankan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dengan kerjasama kafeteria universiti dengan menyediakan sebanyak 400 pek makanan untuk diagihkan kepada para pelajar UMP di kedua-dua kampus UMP di Gambang dan Pekan khususnya yang merasakan diri mereka mempunyai masalah kewangan yang kritikal dan layak untuk menerima manfaat ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie zainuddin berkata, pihak JHEPA mensasarkan pelajar ini dapat membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan.

Program sebegini dapat memberi kesedaran kepada warga UMP sekaligus rasa bersyukur yang sangat tinggi di atas rezeki yang telah diberikan kepada diri. Selain itu program ini juga sebagai menyokong usaha universiti yang memperkenalkan program MyGift UMP yang mengalakkan seluruh warga dan orang ramai menyumbang bagi membantu insan lain yang memerlukan bantuan.