MyGift - An Everlasting Gift

BKSS agih Bubur Lambuk dan Kurma kepada staf UMP

Badan Kebajikan & Sukan Staf (BKSS), Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini telah mengedarkan Bubur Lambuk dan kurma kepada semua staf sempena Ramadan sebagai juadah berbuka puasa.

Pengagihan bubur lambuk dan kurma itu diedarkan kepada semua staf UMP secara pandu-lalu (drive-thru) bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas selepas waktu pejabat ketika staf pulang ke rumah masing-masing.

Juadah berbuka puasa ini disediakan secara bergotong-royong oleh AJK BKSS dengan jayanya pada 5 September 2008 yang lalu di Perkarangan Luar Blok Akademik, UMP. Kerja-kerja memasak bermula seawal jam 9.00 pagi dan selesai kira-kira jam 3.00 petang.

Hadir sama, Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, yang menyempurnakan upacara pengagihan juadah berkenaan kepada lebih 700 orang staf UMP.

Selain itu, acara pengagihan turut dimeriahkan lagi dengan penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BKSS dalam proses pengagihan.