MyGift - An Everlasting Gift

UMP terima RM1.085 juta - CENFED, UMPH hargai kerjasama agensi

UMP Holdings Sdn. Bhd. (UMPH) iaitu anak syarikat Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Pusat Pengajian Berterusan & Pembangunan Profesional (CENFED) buat julung kalinya menyumbang RM 1 juta dan RM 85,689.53 sebagai menghargai sumbangan UMP dalam memberi kerjasama serta sokongan sejak penubuhan syarikat itu enam tahun lalu.

UMPH menghargai kerjasama pihak pengurusan UMP, pensyarah dan pakar runding yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan aktiviti syarikat.

Kerjasama agensi pengiktirafan dan pembiayaan program CENFED, terutamanya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) melalui penganjuran kursus yang dianjurkan diyakini dapat meningkatkan modal insan negara.

Majlis menyaksikan serahan sumbangan daripada pihak UMPH dan CENFED yang disampaikan Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Rahman kepada Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim pada majlis yang diadakan di Dewan Astaka UMP Kampus Gambang pada 13 Disember 2010 yang lalu.