MyGift - An Everlasting Gift

Persatuan MATAHARI Sumbang RM 10,000 Bantu Dana Tabung Kebajikan 1 M UMP

Menyedari keperluan dana bagi membantu pelajar meringankan beban kewangan untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Persatuan Wanita UMP (Matahari) mengambil inisiatif mengadakan program amal bersempena Majlis Pelancaran Persatuan Matahari yang diadakan pada 9 April 2010 yang lalu di Dewan Kompleks Sukan UMP.

Sumbangan bernilai RM 10,000 disampaikan oleh Presiden Persatuan Matahari, Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim kepada Presiden Kelab 1Malaysia UMP, Abang Fairul Sharmil Abang Mohammad dalam satu majlis ringkas di Dewan Bankuet Bangunan Canseleri UMP Kampus Gambang pada 26 April 2010 yang lalu.

Matahari turut merancang untuk mengadakan beberapa program dengan kerjasama UMP dan agensi luar bagi mengumpul dana persatuan seperti penganjuran program khidmat komuniti, program pembangunan wanita, persidangan antarabangsa dan lain-lain.

Initiative

LaunchingGolfScholarshipEducationIncentiveCommunitisingWelfare

Quicklink

HOPEVirtualRunWakaf KolejMasjid BMPotong GajiGallery 
campus pantry

 

 

 

Video